Pasukan Cadangan Siap Operasional, Askar Wataniah (4)
Elemen Bantuan Tempur.
Armor (Kavaleri). Korps Armor Diraja telah membentuk Skuadron Armor AW yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.
Semboyan (Perhubungan/Komunikasi). – Skuadron-skuadron Semboyan (komunikasi) Medan AW telah membentuk barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.
Jurutera (Zeni). Skuadron-skuadron Jurutera (zeni) AW dengan tugas untuk melatih anggota Sukarela dalam aspek zeni medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.
Artileri. Konsep pembentukan sama seperti Armor di mana satu Baterai Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.
Kompi Polisi Militer Wataniah. Bertugas membantu penegakan hukum dan disiplin. Bermarkas di Pulau Pinang, Kuantan, Sungai Buloh dan Kem Genting.
Risik. Korps Risik mempunyai sebuah unit yang diintegrasikan ke batalion KRD (tentara reguler). Unit ini terdapat di Pulau Pinang.
Elemen Bantuan Pelayanan.
Korps Pelayanan. Terdapat lima Kompi Angkut AW. Satu Kompi Bekalan dan Peleton Hantaran Udara, AW. Lokasi unit-unit tersebut di Seremban, Kuala Lumpur manakala Peleton Hantaran Udara di Taiping.
Korps Ordnan (Peralatan). Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan.
Korps Jurutera Letrik Dan Jentera (Zeni Kelistrikan dan Permesinan).Terdapat dua bengkel JLJ AW yaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur serta empat Bengkel Medan AW bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.
Korps Kesehatan. Terdapat empat Kompi Ubat (Obat) AW bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani dan Kuching.
Elemen Pakar.
Unit Semboyan (komunikasi) Pakar. Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri dari para teknisi dari perusahaan telekomunikasi Telekom Malaysia Sdn. Bhd.
Unit Jurutera (zeni) Pakar. Markas Jurutera (zeni) di Kuala Lumpur. Elemen Jurutera (zeni) Pakar terdiri daripada ;
Jurutera (zeni) Pakar Pelabuhan. Unit-unit ini dibentuk di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.
Jurutera (zeni) Pakar Keretapi. Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah para teknisi KTMB.
Jurutera (zeni) Pakar Pengendalian Air. Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pegawai Suplai Air.
Jurutera (zeni) Pakar Pengendalian Janakuasa. Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pegawai Tenaga Nasional Sdn Bhd.
Pasukan Latihan Perwira Cadangan (PALAPES). PALAPES ditubuhkan di dua belas Institusi Perguruan Tinggi Umum sebagai pusat pengeluaran perwira graduan. Saat ini ada 13 universitas dan institusi pendidikan tinggi yang mempunyai satuan PALAPES, Yaitu :
Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Teknologi MARA
Kolej Universiti Tun Hussein Onn
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia.
Pasukan AW Kerahan (Mobilisasi) – Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara beberapa pasukan AW telah dikerahkan full time untuk menjaga keamanan perbatasan dan kawasan-kawasan strategis negara. Pasukan-pasukan yang dikerahkan tersebut adalah:
Seri 300 AW. Unit-unit ini dikerahkan untuk menjaga keamanan Jalan Raya Timur Barat dan perbatasan negara. Operasi Pagar di kawasan Kedah dan Perlis serta Perak dan Kelantan.
Pusat Kawalan Sasaran Penting. Unit Sasaran Penting diwujudkan di tempat strategis negara dan terletak di bawah administrasi Markas Pemerintahan Brigade.
Rejimen Pengurusan Sempadan atau Perbatasan. Pada tanggal 30 Juni 2006 Wakil Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan usulan pemerintah untuk membentuk Rejimen Pengurusan Sempadan untuk melaksanakan tugas operasi pengamanan perbatasan. Resimen baru ini mempunyai 2 basis markas yaitu di Semenanjung Utara Malaysia dan di Malaysia Timur. Pembentukan resimen ini tidak disertai dengan penambahan personel tetapi melibatkan pengalihan personel dari Seri 300 dan Seri 500 yang sudah ada.




One Response to “Pasukan Cadangan Siap Operasional, Askar Wataniah (4)”
harmen on September 25, 2009
Wilayah perbatasan kita begitu panjang, begitu luas, sementara dislokasi pasukan kita sangat terbatas yang bisa di deploy di wilayah itu. Akibatnya, potensi kekayaan alam kita yang ada di sana tidak bisa teramankan secara maksimal, sementara negara tetangga kita, dia justeru membangun wilayah perbatasannya secara terintegrasi dengan pembangunan ekonominya, juga dengan tentara cadangannya. Menurut anda gimana Ini. Berikan komentar Anda.